Minggu, 20 November 2011

ALAMAK TOYOL !




Sinopsis: 
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri

Di satu tempat lain, Farah yang selama ini seti bekrja dengan Daniel akkhirnya mengatahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haran yaitu dengan menyeludup dadah. Farah mengetahui hal ini telah membuat laporan ke polisi namun pihak polisi tidak berjumpa sembarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mau membunuh Farah. Suatau malam yang dingin, oleh karena banyak kali gagal mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk mencuri rumah Farah dan disini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhtul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkar Rahasia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan Toyol Tersebut

Produksi  :  METROWEALTH
Pemain    : Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Hamid Gurkha



0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan tuliskan komentar anda.
"kritik membangun" anda sangat kami butuhkan untuk pengembangan blog ini.
terima kasih.